Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 25, 2017

DIY: Buat sendiri tempat sangkut kepala paip dalam tandas.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri tempat sangkut kepala paip dalam tandas.

Ni la namanya takde kerja, cari kerja. Haha. Sebenarnya, dulu ada je kepala paip biasa kat dalam tandas ni. Tapi disebabkan kepala paip tu asyik loose je, maka ia ditukarkan kepada kepala paip yang ada sekarang ni.


Dulu, masa suruh orang pasangkan kepala paip macam ni, dia tak pasang sekali tempat untuk sangkutkan kepala paip tu. Dia cuma pakukan sebatang paku kat dinding tu je. Dah la paku tu pendek ya amat. Nak sangkutkan macam mana kepala paip tu? Sudahnya, kepala paip tu main letak macam tu je. Jika tak kena gaya, ada yang main letak je atas lantai tandas tu. Lama-kelamaan, kepala paip tu pun dah mula loose jugak dan air dah mula meleleh keluar.


Disebabkan tak tahan tengok air cepat sangat penuh dalam baldi sampai melimpah masuk ke dalam lubang tandas, maka akupun terpaksa la fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Terpaksalah jadi minahgyver sekejap. Hahaha.




Mula-mula tu, aku buat macam dalam gambar kat atas ni. Tapi tak lama lepas tu, aku buat macam dalam gambar kat bawah ni pulak. Yang mula-mula tu dia tak berapa kemas dan botol plastik tu asyik bergerak je. Lagipun lubang pada botol tu besar sikit dengan saiz paku. Tu yang buatkan dia bergerak. Kemudian, akupun dapat la idea untuk buat yang kedua tu pulak. Alhamdulillah. Nampak kemas sikit sebab boleh ketuk paku tu sampai kejap dan air takde la cepat sangat menitik dan penuhkan baldi kat bawah kepala paip tu.




p/s: Dah selesai satu masalah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah yang memberikan ilham dan idea. Tak payah buang duit beli penyangkut kepala paip tu. Gunakan aje botol plastik yang ada. Hehe.

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Assalamu'alaikum.

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Sekarang ni, aku suka letak gambar pokok sayur dan pokok bunga aku kat blog aku ni. Daripada aku merapu buat entri yang bukan-bukan, baiklah aku kongsikan gambar hasil dari mini kebun aku yang sekangkang kucing kat rumah ni. Haha.


Jom jamu mata! Jika jemu, tak payah tengok la ya. Hahaha.


1- Pokok terung telur itik.





2- Pokok kambeh atau kambas.




3- Pokok kacang panjang merah.



4- Pokok halia.



5- Pokok durian belanda.










Sekejap tadi, aku baru je pindahkan anak-anak pokok cili kulai ke dalam pasu plastik yang aku baru beli kat kedai dua ringgit hari tu. Kat sini, pasu macam ni harga dia lebih dari dua ringgit. Mampu tengok je la. Ni mujur aku beli masa ke bandar hari tu. 








p/s: Letih buat kerja-kerja macam ni tapi apabila dapat hasilnya, hilang segala letih tu. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)