Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 21, 2015

Resepi ke laut...

Assalamu'alaikum...

Resepi ke laut...


Aku memang suka tengok resepi yang orang kongsikan kat laman fesbuk.. Banyak resepi yang aku ambil dan cuba.. Tak kurang juga aku just copy and paste je dulu sebab belum berkesempatan untuk mencubanya..


Semalam aku cubalah cari resepi nak buat kentang putar dan cara nak buat sos untuk kentang putar tu.. Dan ini yang aku jumpa.. 




Dalam resepi bahan untuk sos, tidak dinyatakan ada bawang merah, lobak merah dan kiub ayam.. Alih-alih dalam cara nak buat, terselit pulak bahan tersebut.. Sos tiram takde.. Kicap pekatpun takde.. Camno tu..?


p/s: Kalau nak kongsi resepi tu, kongsilah betul-betul.. Sebabnya, bukan semua orang pandai ejas bahan dalam resepi ni.. Apa lagi nak adakan bahan yang tiada... Hmmmmmmmm....

Enam puluh sen satu...

Assalamu'alaikum...

Enam puluh sen satu...


Ni namanya dodol.. Kalau dalam loghat Negeri Sembilan, kitorang panggil ponganan.. Jauh boto bunyi ehh, kan.. ahahaha...




Dodol ni kakak yang kat Labis tu bawak balik sini.. Kalau tak silap aku, dia beli dodol ni kat Gemas.. Satu bekas dodol ni harga dia 60 sen.. 




Mula-mula dengar harga dodol ni, terkejut la dua saat.. Hah..! Nampusen..? Ek eleh.. Namposen je kot.. Yang beria terkejut tu apa hal.. Saja je la nak buat gempak ahaha... Lepas rasa dodol ni, not bad la.. Sedap dan lembut.. Macam baru buat je.. Takde la bau tengik atau dah keras.. So, lepas ni boleh beli lagi.. hehe...




Bekas isi dodol ni aku kutip.. Siap pesan lagi kat siapa yang makan.. Bagitau dorang, jangan buang bekas tu.. Dorangpun tanya la nak buat apa.. Aku cakap aku nak simpan manik-manik aku kat dalam tu.. Dah jimat dah tak payah beli bekas simpan manik.. hehehe...


Ingat dodol, ingat kat arwah abah.. Dulu masa arwah masih ada, bila nak raya je, dialah yang selalu kacau dodol dengan best friend dia.. Siap buat jual lagi masa tu.. Sekarang ni dah takde siapa dah yang rajin nak ngacau.. Letih woo ngacau dodol ni.. Lagi-lagi bila dia dah pekat.. Mau tercabut rasa tangan dok ngacau.. hehe.. Semua dah tinggal kenangan.. 


p/s: Sekarang ni buat dodol banyak yang ngacau guna mesin.. Susah kot nak jumpa yang buat secara tradisi.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)