Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 22, 2014

Kuih bom bijan yang lembut.. :D

Assalamualaikum...

Kuih bom bijan yang lembut.. :D


Aku baru je selesai menggoreng kuih bom bijan ni.. Dah lama tak buat.. Pertama kali buat dulu hasilnya amat la tidak memuaskan hati.. Lepas tu tak buat dah.. Givap.. ahahh..


Kali ni buat lagi dan hasilnya aku suka.. Mak akupun suka sebab struktur kulitnya yang lembut dan takde la liat sampai nak tercabut gigi.. Mak aku siap tanya; mano ambik ni..? Buek koo boli..? Bukan senang nak dengar ayat ni keluar dari mulut mak aku.. Selalu yang keluar ayat biasa camni; ontah apo ghaso ehh ontah.. Kiranya kali ni lulus ujian la.. hehh... 














UPDATE:

simpan sikit kelapa parut dan biarkn semalaman dlm peti ais br goreng..insya Allah tak meletoppss.. - tips dari seorang kawan.. Terima kasih Ros.. :)


DIY: Jemput duduk.. hehh..

Assalamualaikum..

DIY: Jemput duduk.. hehh..


Masa tunggu keputusan SPM bertahun-tahun dulu, aku suka buat kerja-kerja berkaitan kraf ni.. Lagipun masa kelas lukisan, cikgu ada ajar macam-macam. Antaranya buat model rumah daripada pencungkil gigi, buat seni khat, buat tanglung, buat buku skrap *bukan getah sekerap ya. hehh.., buat sebuah buku cerita kanak-kanak dari proses menulis cerita hinggalah kepada proses mencantumkan muka surat buku tu dengan gam dan macam-macam lagi. 


Tapi buat kerusi meja menggunakan sepit kain kayu ni takde diajar kat sekolah.. Ni aku cuba-cuba sendiri je.. Aku juga pernah buat vas bunga daripada sepit kayu ni tapi sekarang dah tak ingat dah macam mana nak buat.. huhuhu..


Jom tengok proses pembuatan set kerusi ni daripada penyepit kain kayu tu.. Modalnya murah je.. ahahh.. Yang mahal tu masa yang diperuntukkan..





Nampak macam senang je nak buat tapi agak susah jugak nak bagi penyepit kayu tu melekat antara satu sama lain.. Mungkin gam Uhu tu tak berapa kuat.. Sepatutnya guna gam gajah lagi kuat tapi gam gajah ni panas.. Kalau terkena kat jari, susah nak tanggalkan..





Ni pun makan dua hari jugak la aku nak siapkan.. Asyik terkucil je kaki kerusi tu.. Kena tunggu gam betul-betul kering dan kuat baru sambung gam bahagian lain..




Aku saja je buat sebagai koleksi DIY aku.. Siapa yang minat dengan kerja kraf macam ni, boleh la cuba buat untuk dijadikan hiasan dalam almari.. Kalau sapu varnis lagi cantik.. hehh..




p/s: Suka-suka je... 

Satu ni je yang hidup.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Satu ni je yang hidup.. huhuhu...


Dalam banyak-banyak benih pokok kobis yang aku semai dua bulan lepas, satu ni je yang hidup dan masih lagi bertahan.. Harap-harap bertahan la sampai dia keluar buah.. Teringin sangat nak tengok buah kobis bulat ni live.. hehh..




Member kat grup tanam pokok cakap kobis ni ambil masa tiga bulan lebih untuk dapatkan hasil.. Yang ni rasanya dah dua bulan dah.. So, kena tunggu lagi sebulan lebih untuk tengok hasilnya.. Memang patut la harga sayur mahal.. Lama nak tunggu hasilnya keluar.. huhuhu..


Yang kat bawah ni pulak pokok puding yang selalu orang Negeri Sembilan gunakan untuk buat rendang.. Batang pokok puding ni kakak ipar aku ambil kat rumah kakak kat Nilai.. Lama jugak dia nak keluar tunas.. Ni dah sebulan lebih dah ni.. Aku tanam dalam pasu dulu untuk buat baka.. Kalau terus tanam kat tanah takut kena langgar dek ayam kucing semua tu.. Kang terbantut pulak tumbesarannya..




p/s: Kena tanam sendiri dulu baru tau macam mana susahnya nak jaga.. Bila dah tau, takde la nak mengomel merungut harga sayur mahal semua tu.. hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)